Pages

Sunday, October 7, 2012

Video- behind the scene

Ini adalah percubaan kami untuk mencuba sesuatu yang baru dalam bidang photography, " Underwater photography" . Walaupun masih jauh dari hasil yang sempurna tetapi saya percaya bahawa latihan demi latihan  akan memberi kita pengalaman serta pengajaran yang boleh digunakan untuk sentiasa memperbaiki diri kita.

Ini pula "behind the scene" semasa pengambaran engagement photoshoot yang kami adakan di Kundasang, Ranau. satu pengalaman baru yang kami perolehi.

Charlyn - profile

 Selepas 5 tahun lebih dalam bidang photography, secara peribadi saya merasakan masih banyak yang belum saya tahu.
Semakin banyak saya belajar, semakin banyak pula benda yang perlu dipelajari, walaupun sesuatu benda yang kecil tetapi itu memberikan satu perubahan yang besar.
Sebagai memotivasikan diri sendiri, walaupun dalam keadaan yang sangat sibuk, hampir 7 hari lamanya bekerja dan belajar tanpa henti. Saya sentiasa memotivasikan diri sendiri. Sebenarnya cuma diri kita yang boleh memotivasikan diri kita, Apabila mendapat inspirasi atau motivasi dari orang lain, ia sememangnya xda pernah bermakna jika kita tidak memotivasikan diri kita untuk berubah.
" Biar kita lambat untuk mencapai sesuatu, asalkan kita kekal maju dan sentiasa tertuju pada tujuan kita"


 Percayalah kepada diri sendiri,
Sokong diri kita sendiri,
 Berfikir Positif,
Jika diri tidak tahu, belajar.
Dulu saya pernah menganggap bahawa perkara kecil atau mudah tidak perlu dipelajari, tetapi sebenarnya mempelajari perkara kecil itulah yang akan mengajar kita untuk mencapai sesuatu yang lebih besar. Jika kita tidak pernah ingin mempelajari sesuatu yang kecil maka, kita akan semakin manja sehingga perkara yang lebih susah akan menjadi lebih susah, ini kerana kita tidak mengajar atau melatih diri untuk melakukan sesuatu perkara yang mudah. Seperti Atlit sukan, mereka bermula dari 0 sehingga lah mencapai sesuatu kejayaan. Tidak ramai atau tiada orang yang mencapai sesuatu tanpa bermula dari satu titik.



Effa and Mimie




Terrence and Mellisa - Reception
















Terrence n Mellisa Wedding day


















Thursday, July 7, 2011